Romantik Jiwang Karat
Romantik Jiwang Karat
- Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya, tetapi ingin difahami.
- Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah.
- Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya. Tetapi lelaki romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya.
- Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara.
- Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita.
- Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata.
- Lelaki romantik ikhlas dalam memberi hadiah. Dan suka mendengar luahan perasaan pasangannya.
- Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan.
- Lelaki romantik biasanya memanggil nama kekasihnya dengan panggilan yang manja dan lembut.
- Lelaki romantik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya.
- Lelaki romantik akan mengajak isterinya berbicara jika melihat isterinya sedang risau dan sebagainya.
- Jika isteri mahu bercakap, lelaki romantik biasanya akan memperlahankan nada television atau radio untuk menghormati isterinya bercakap.
- Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali!
- Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari!
- Orang yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari!
- Orang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya.
- Orang romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady's first.
- Orang romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah.
- Orang yang romantik takut bersendirian. Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang lama.
- Kebiasaanya, orang yang romantik amat setia kepada pasangannya.
Sesiapa nak tambahkan romantik jiwang karat yang lain, sila tambahkan di ruang komen. tq
-Dr. Cintaaa-
No comments:
Post a Comment