Salam rakan dan taulan, post kali ni plak jom kita renung sejenak sejauh manakah pasangan kita ni setia pada kita. Kesetiaan amat penting dalam sesuatu perhubungan. Jika kita telah menjalinkan hubungan, haruslah setia kepada pasangan masing-masing. Kerana jika kita tidak setia pada pasangan kita jangan kita lupa Allah itu Maha Adil, pasti dibalas dengan ketidaksetiaan(amboi perkataan haha). Jadi setialah pada pasangan anda dengan hati yang ikhlas.
Ada sepuluh points yang mampu aku kongsikan di sini tentang ciri-ciri kesetiaan seseorang lelaki/wanita:
Kekasih anda adalah setia orangnya apabila dia bersama dengan orang lain tetapi dia hanya mengingati anda dalam fikirannya. Ini adalah sesuatu yang sejujurnya terlalu payah untuk dinilai dan diberikan pemarkahan tetapi selalunya ingatannya yang tidak putus-putus pada seseorang akan jelas terpancar pada riak wajahnya.
Kekasih anda akan bertanyakan pendapat berapa banyak kepada anda sebelum mengambil sesuatu keputusan, tidak kiralah keputusan itu satu keputusan yang kecil mahupun besar untuk dirinya.
Kekasih anda akan mengacau atau menghubungi anda dengan kerap kali untuk bertanyakan dengan siapa anda berada, dan apakah yang sedang anda lakukan kerana dia begitu mengharapkan kekasihnya juga sentiasa berlaku setia seperti mana dirinya.
Kekasih anda malu tapi mahu tidak segan silu memperkenalkan anda kepada ahli keluarganya dan teman-temannya yang paling rapat, kerana dia ingin semua orang tahu bahawa dia sudah memilih untuk bersama dengan anda.
Kekasih anda mungkin akan melayan dengan penuh mesra orang lain yang cuba mendekatinya, tetapi dia tahu batas pergaulan untuk bercampur dengan lelaki/wanita lain. Ini kerana dia hanyalah seorang hamba Allah yang dilahirkan sebagai seorang yang sangat mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mungkin curang pada pasangannya.
Kekasih anda akan setia bersama dengan anda tidak kiralah ketika anda senang mahupun susah, dan hatinya tidak akan sampai hati sekiranya melihat insan yang dicintainya berada dalam kesusahan atau kesedihan.
Kekasih anda adalah pemberi nasihat yang paling bagus untuk anda, kerana pada saya, sifat setia dan tulus ikhlas itu adalah dua sifat yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Sekiranya dia benar-benar setia pada anda, dia tidak akan mengucapkan sesuatu yang tidak ikhlas hanya untuk membuatkan anda berasa senang hati ketika berdepan dengan masalah, sebaliknya akan selalu berada di sisi anda dan bersedia untuk memberikan nasihat yang jujur dan ikhlas ketika anda dalam kesusahan.
Kekasih anda juga merupakan seorang yang sangat menghargai persahabatan. Pada aku la, seseorang yang tahu bagaimana untuk menghargai persahabatan akan tahu bagaimana untuk menghargai cinta dalam hatinya dan ciri-ciri seseorang yang tahu menghargai persahabatan adalah apabila dia sekurang-kurangnya mempunyai beberapa orang rakan yang setia di sisinya ketika dia dalam kesusahan.
Kekasih anda paling senang sekali berkongsi bagaimana dia menjalani kehidupannya seharian bersama anda. Dia tidak akan merasa terbeban untuk memberitahu kepada anda dengan siapa dia keluar dan apakah yang dia lakukan kerana dia paling tidak sanggup apabila insan yang dia cintai mula meragui kesetiaannya.
Dan yang last sekali, kekasih anda juga tidak segan silu membicarakan soal masa depan, perkahwinan dan anak-anak dengan anda. Ini kerana dia sangat tahu bahawa dia ingin menjalani masa depannya hanya bersama anda dan dia merasakan adalah penting untuk meyakinkan anda bahawa dia sememangnya benar-benar serius dan ikhlas terhadap perhubungan kalian.
Jadi sampai disini saja la yang boleh dikongsikan bersama. Diharap point-point yang diberi jangan diambil serius tetapi diambil sebagai panduan untuk kita mengetahui sejauh mana pasangan kita setia pada kita. Pada sesiapa yang sedang hangat bercinta, jagalah pasangan masing-masing kerana orang ketiga pasti ada dalam setiap perhubungan anda. Berhati-hatilah ye .
Jadi sampai disini saja la yang boleh dikongsikan bersama. Diharap point-point yang diberi jangan diambil serius tetapi diambil sebagai panduan untuk kita mengetahui sejauh mana pasangan kita setia pada kita. Pada sesiapa yang sedang hangat bercinta, jagalah pasangan masing-masing kerana orang ketiga pasti ada dalam setiap perhubungan anda. Berhati-hatilah ye .
-Dr.Cintaaa-
No comments:
Post a Comment